Menanti saat Menutup Lagenda Sakai (orang asli) dari SriThanto
2010-02-17 01:00:00
Solahuddin dan Hasnida
Jika Orang Asli (Sakai) adalah bukti terakhir yang membuktikan bahawa manusia dapat hidup bersama dengan hutan rimba dengan keadaan ikhlas. Rakyat Thai perlu bersedia dan menerima hakikat kehilangan “ Tu Show” (almari pertunjukan) yang selama ini kita berusaha menjaga dengan mengguna masa yang panjang. Apabila Orang Asli (orang Sakai) keturunan penganugerahan keturunan “Sithanto” berpindah ke bumi sebelah selatan mengikuti lambaian tangan kerajaan Malaysia dengan meninggalan tiga orang yang terakhir berketurunan darah orang asli tertua yang memakai (baka) keturunan penganugerahan daripada ibunda Diraja atau Somdejya selepas terdapat nama di perkampungan tengah-tengah hutan daerah Thanto, wilayah Yala.
Mereka tinggal kesepian atau memilih untuk hidup menanti kemajuan dunia yang akan menjangkau pertukaran cara hidup mereka. Menanti detik dan hari penutupan jendela lagenda Orang Sakai atau “Ngok Pa”. Seorang yang hidup bersama dengan hutan rimba “Sithanto”
Musim hujan pada tahun ini tidak menyuarakan. Dengan serta merta mengejutkan orang yang mendiami di dalam perkampungan yang dilingkungi bukit bukau. Jalan 410 Yala- Betong dipenuhi dengan kurungan air hujan yang mempunyai cahaya keruh. Oleh sebab bercampur dengan permukaan tanah yang runtuh dari bukit di sekelilingnya. Sesetengah tempat tanah di tepi jalan runtuh. Oleh sebab aliran air dari bukit yang kuat. Dua tiga ekor lembu berdiri sambil memamah rumput di bawah pokok kelihatan rintis hujan yang lebat itu
Dari jalan 410 sampai persimpangan Ban Rae. Jalan ini adalah jalan yang menuju ke “ Perkampungan Sakai (orang asli)” yang tinggal dipendalaman dari Jalan utama lagi 6 kilometer. Dua batang sungai di tepi jalan memenuhi air berwarna merah. Pemandu mesti berhati-hati dari ketul tanah yang runtuh menutup jalan dan lubang besar di tengah-tengah jalan yang disapu dengan minyak tar bercampur dengan ketul batu, menutupi kesan-kesan keganasan yang berlaku. Sejenis rumput berdiri tegak membentang tinggi dari lubang mengeluarkan kuntum-kuntum bunga kecil berwarna putih. Selintas dalam perjalanan ini dapat menyaksikan tarian rumput dengan tiupan musim hujan.
Pangkalan tentera terletak mengikuti jalan dengan keadaan yang rapat-rapat. Oleh sebab kawasan ini kerap kali ada khabaran keganasan. Rintisan hujan yang membasahi menolakkan beberapa orang askar yang mendakapi senapang melindungi hujan di bawah tempat pemeriksaan dengan berdiam diri begitu sahaja.
Pusat kesihatan di perkampungan Sakai, bukan sahaja untuk merawat Orang Asli tetapi meliputi orang di dalam kampong tempat 3 mukim Ban Rae, daerah Thanto, wilayah Yala. Tidak kira orang Buddha atau Islam semua orang memanggil orang yang mendiami di kawasan ini dengan nama Orang Perkampungan Sakai. Penduduk di sini mengguna kesempatan memberi tahu latar belakang sejarah kepada orang yang bertanya jalan bahawa, oleh sebab tempat 3 ini semua dalam mukim dipanggil dengan “Perkampungan Sakai”, bermakna kawasan yang terletak perkampungan ini bukan semua orang yang mendiami di sini adalah keturunan orang asli. Papan tanda yang usang hampir runtuh di tepi pusat kesihatan menunjuk jalan untuk menuju ke kaki bukit besar dan semak dengan hutan . Persekitaran itu dipenuhi dengan tahi awan hitam menuju ke perumahan orang asli. Sebatang lorong kecil membawa pengunjung menuju ke jambatan simen kecil di bawahnya dihampari oleh sungai berwarna merah kulit pinang sebelum mendaki kaki bukit menuju ke perumahan destinasinya
Sekumpulan anjing keturun siam badannya besar menyalak dengan suara yang nyaring menyambut pengunjung. Seorang wanita berkulit hitam rambut kerinting yang sedang menonton TV di dalam rumah besar satu tingkat memaling kepada . pengunjung yang aneh sebelum tangannya menutup pintu. Dengan keadaan itu menyebabkan pengunjung terlepas ke satu rumah yang terletak di belakangnya. Di situ terdapat seorang lelaki tua dalam keadaan sedar tak sedar dari punca minum arak 40 dikri, dan seorang gadis berkulit sederhana tetapi rambut kerinting menegur dan bertanya pendatang yang aneh itu. Apabila mengetahui tujuan kedatangan, dia menunjuk ke arah rumah yang terlepas tadi.
Yang itulah, dia adalah orang Sakai yang sejati keturunan Srithanto, ada seorang cucu berada dalam rumah. Wanita itu memberi maklumat.
Gadis itu tidak sudi memperkenalkan diri, dia hanya memberi tahu bahawa dia adalah kacukan bukan orang Sakai yang asli dan tidak menguna keturunan “Srithanto”.
“Saya bukan Sakai yang asli, saya mempunyai bapa orang Thai, sambil bercerita dia menunjuk ke arah seorang lelaki tua yang sedang asyik dengan rasa arak musim hujan.
Selepas dapat jawaban, pengunjung terus menuju ke rumah sebelum ini dan mengetuk pintu. Dengan seketika itu pun pintu terbuka. Wanita berkulit hitam rambut kerinting tadi bertanya tujuan yang mengunjunginya. Apabila diberitahu tujuan dan dia mula membuka pintu menyambut kedatangan pengunjung. Terdapat masih ada 3 orang ahli keluarga yang sedang menonton TV yang di sambung dengan CD dan menyanyi lagu Setring (lagu tempatan)yang sedang hangat pada masa kini.
“Semua sudah pergi ke Malaysia” dia bercerita mengenai kawan yang berketurunan sama degannya. Keanehan itu berlaku sebelum ditanya apa-apa pun
“Sekarang hanya saya dengan cucu sahaja yang menjadi orang Sakai asli yang masih lagi tinggal di sini”.
Dia memperkenalkan diri bahawa nama dia “Suphaporn Srithanto”. Manakala cucunya belum dapat menentukan lelaki atau perempuan nama “Dekying Anna Srithanto” anak perempuan bagi anaknya sendiri yang mana berhijrah ke Malaysia 4 tahun yang lalu.
“Saya pernah tinggal di sana 2 tahun, tetapi tidak suka lalu balik mendiami di sini dengan membawa Anna bersama kerana dia pun tidak suka tinggal di sana jaga” Dia bercerita.
Apabila disoal apakah hak istimewa yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada orang Sakai yang berpindah ke sana. Dia menjawab, diberi pekerjaan, duit dan rumah. Jika sesiapa tidak suka mendiami di rumah, pihak kerajaan akan menyediakan sebahagian kawasan hutan rimba untuk mendiami. Hal ini keturunan orang Sakai harus memeluk agama Islam. Tetapi dia menjawab dengan serta-merta bahawa orang yang memeluk agama Islam hanya nama sahaja, kerana perlu kepada keteguhan dalam menyara hidup sahaja.
“Saya adalah Sakai yang berpegang agama Buddha dan mempercayai hantu, saya tidak boleh tinggal, tidak suka lalu balik mendiami di sini lebih baik”.
Tetapi alasan utamanya bukan sekadar ini sahaja. Oleh kerana lelaki yang berada dalam rumah itu wajahnya berhampiran dengan orang Thai, diberitahu bahawa suami kepada Puan Suphaporn.
Sudah berkahwin lebih dari 20 tahun “Wiroch Noohaan” bekas ranger dari daerah Chanak yang jatuh cinta kepada orang asli dan membuat keputusan untuk tinggal di sini.
Suphaporn menceritai bahawa Wiroch adalah suami kedua. Suami yang pertama adalah keturunan Sakai pernah bertugas sebagai askar Malaysia. Dia sakit dan meninggal dunia 20 tahun yang lalu. Selepas itu dia berkahwin dengan orang Thai dan mempunyai dua orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Yang tinggal hanya kami, rumah sebelah itu pun bukan keturunan Sakai yang asli sudah kacukan, sebelah utara itu keturunan Mong yang mendiami” Suphaporn bercerita sambil menggulung daun rokok, kemudian menyalakan serta menghambus asap berwarna putih.
Masih ada seorang lagi yang mengguna keturunan Srithanto iaitu adik lelaki Suphanporn. Sekarang bertugas sebagai rela menjaga perkampungan. Kenyataan bahawa kini terdapat keturunan asli yang memiliki keturunan anugerah dari nenekda hanya 3 orang yang terakhir.
“ Meraka (keturunan Sakai yang berhijrah ke Malaysia), memikir bahawa sebelah sana menawar tawaran manfaat yang lebih kepada mereka. Kerana Malaysia tidak memaksakan mereka untuk mendiami di rumah. Bagi sesiapa yang ingin mendiami dalam hutan rimba mereka akan menyediakan. Tetapi ada sesetengah mereka yang tidak boleh mendiami di negara Thai kerana takut dari peristiwa keganasan yang berlaku. Kerana terdapat orang yang tinggal dalam perkampungan ini mati dipotong tengok mereka timbul perasaan takut” Puan Suphaporn bercerita.
Hal saranan dari pihak Malaysia amat menarik, tetapi keadaan pergolakan bukan alasan utama sebab apabila disiasat mendapati bahawa orang sakai mulai bergerak menuju ke kawasan utara Malaysia sejak 12 tahun yang lalu. Sehingga 3 tahun kebelakangan ini mempunyai beberapa keluarga mulai simpan barang-barang untuk hijrah ke Malaysia dengan serius. Hal ini telah disahi bahawa pihak Malaysia memberi tawaran yang baik untuk mengikat hati orang asli untuk mendiami di negara mereka, untuk kepentingan pelancongan pada masa hadapan.
Bagi orang yang masih ada, satu jalan ialah mereka memilih untuk mendiami di kampong tengah hutan daerah Thanto. Bersedia menghadapi keadaan keganasan yang sedang berlaku. Tetapi satu pilihan lagi, bagaikan naluri bagi orang asli yang tertanam dalam darah mereka yang mula cair. Mungkin berpunca daripada cara menyesuaikan dengan cara hidup semula jadi atau daya tarik dari sinaran global yang menjalani masa yang panjang. Dan keadaan keganasan yang mengetukkan pintu rumah kayu setiap hari…siapakah yang boleh bertahan.
Ada orang berkata, bahawa Orang Sakai dipaksa untuk menukarkan cara hidup. Sejak Jabatan Sentisi Sivil mula mengumpulkan orang-orang sakai yang tinggal bersepah dalam hutan rimba di kawasan daerah Betong, Bangnangsetar untuk tinggal di kawasan ini sambil membina rumah, memberi tanah untuk menyara hidup dan menanam pokok getah yang paling baik sebanyak 300 rai. Bermula pada tahun 1974 orang sakai sebanyak 21 keluarga seramai 52 nyawa terpaksa meninggalkan kampong asal. Sambil mengguna cara hidup seperti mana orang Thai desa selatan dan mereka juga mula mengetahui cara hidup baru yang mereka perlu menyesuaikan diri dengan serta merta.
Pusat Bantuan Rakyat memberi tahu kepada nenekda memohon kebenaran mengguna keturunan “Srithanto” dengan setiap orang sakai. Seumpama mengangkat taraf mereka sebagai “sitizen” bagi “state” secara automatik. Tetapi dengan tidak mengambil perhatian oleh pihak kerajaan Thai serta mendapat tawaran yang lebih baik dari pihak Malaysia yang dapat menyumbang keperluan orang sakai. Oleh sebab itu tidak sukar bagi orang sakai dari Srithanto membuat keputusan untuk mempertahankan keturunan mereka di atas bumi di mana pun.
Sambil memikir nasib orang Sakai dari gunung Banthad,yang ditangkap oleh pegawai perhutanan kerana memburu babi hutan untuk menyarakan hidup. Kawasan hutan yang dihimpit semakin lama semakin sedikit, tidak kira kawasan dari segi perasaan sanubari “identiti etnik” yang mereka menjaganya dengan kebanggaan sejak ribuan tahun, akhirnya dimusnahkan dengan hancur lebur.
Dengan memilih berkahwin dengan orang keturunan Thai oleh Suphaporn yang menjalankan cara hidup seperti orang desa biasa. Mencari kebahagiaan dengan hiburan melalui VCD dan juga kaca TV 14 inci, mengganti cara hidup mencari ubi, meniup sebatang anak panah ke arah binatang hutan untuk menyara diri sehari-hari. Atau hanya memandang titisan air hujan bersama mendengar suara nyanyian binatang hutan, ini adalah satu tanda yang menunjuk bahawa etnik mereka ada pilihan semakin terhad.
Walau pun, dunia mereka tanpa batasan, tetapi ketiadaan batasan dalam dunia model mempunyai tarikan yang hebat. Dunia yang maju tidak pernah masuk rapat dengan etnik yang mempunyai cara hidup yang tersendiri di tengah-tengah hutan rimba yang sekian lama.
Atau mungkin, kita harus redha menerima hakikat sebenar kerana telah menggariskan perjalanan bagi mereka dengan tidak melihat keadaan perubahan semasa...
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น